** welcome note **

hye!
this is alina's page!
u're welcome to view and leave ur comment..
have a nice day.

Followers

Tuesday, March 16, 2010

Pasukan Lotus F1 Malaysia




Lotus Racing juga dikenali sebagai nama syarikatnya 1Malaysia F1 Team oleh media Malaysia dan di parlimen ialah sebuah pasukan Formula Satu yang diberi kemasukan untuk Formula Satu musim 2010.

Pasukan ini memperolehi kemasukannya setelah BMW mengumumkan mereka akan menarik diri daripada Formula Satu di akhir musim 2009. Mereka akan menyertai Virgin Racing dan Hispania Racing F1 Team sebagai pasukan baru untuk 2010.

Lotus Racing dikendali oleh 1Malaysia F1 Team, iaitu usahasama Kerajaan Malaysia dan sebuah konsortium usahawan Malaysia seperti Proton (pemilik Lotus Cars), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), AirAsia, Naza Motors, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Automobil Malaysia. Walaupun demikian, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pihaknya sendiri tidak melabur dalam pasukan F1 ini selain melabur melalui Proton.

Pasukan ini terbentuk setelah pasukan Litespeed F3 berjumpa dengan Tony Fernandes. Litespeed pernah cuba menyertai musim 2010 sendiri dengan nama pasukan Lotus, tetapi gagal.

Ini menandakan kembalinya nama Lotus sebagai pengeluar kereta Formula Satu sejak musim 1994, ketika syarikat Team Lotus yang asal menarik diri dari sukan ini. Tiada apa-apa hubung kait antara pasukan baru dan lama tersebut selain namanya.

Tony Fernandes, pengasas dan CEO Malaysian-based Tune Ventures, pemilik syarikat penerbangan AirAsia adalah prinsipal pasukan. Pengarah teknikal pasukan adalah Mike Gascoyne. Bagaimanapun, Tony Fernandes telah berkata yang dia bercadang untuk meletakkan jawatan tidak lama selepas musim 2010 bermula.

Pasukan itu pada awalnya akan berpangkalan kemudahan RTN di Norfolk, UK, 10 batu daripada kilang Lotus Cars. Masa depan pasukan mereka, R&D, pembuatan dan pusat teknikal akan dibina khas di Litar Antarabangsa Sepang Malaysia.

Pihak pasukan turut mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd. (1MF1T). Riad pernah bertugas sebagai Pengurus Am di pejabat pengarah pengurusan Proton Holdings Berhad, di mana pada tahun 2006, beliau dipertanggungjawabkan membangunkan program sukan bermotornya, termasuk R3 dan Proton Axle Team, selain penglibatan syarikat ini dalam pasukan A1 Team Malaysia.

Keith Saunt turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pasukan yang menguruskan penyusunan teknikal di Britain, melapor kepada Ketua Pegawai Teknikal Mike Gascoyne. Saunt ditugaskan memantau operasi teknikal seharian di pangkalan pasukan di Hingham. Pengalaman Saunt dalam bidang teknikal F1 termasuk bersama Team Lotus International, Benetton, Renault dan Red Bull Racing, di mana beliau pernah bertugas sebagai ketua pegawai operasi dan pengarah Red Bull Technology.

Pembangunan kereta 2010 bermula lewat, kerana penerimaan lewat kemasukan pasukan. Bekerja dengan Fondtech pada aerodinamik, pasukan ini akan menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Cosworth, dan kotak gear daripada Xtrac. Reka bentuknya didedahkan pada awal Oktober 2009 melalui program terowong angin.

Pada 14 November, Tony Fernandes memberitahu media bahawa pasukannya telah menandatangani pemandu pertamanya, tanpa mendedahkan namaya. Sebulan kemudian, pihak pasukan mengumumkan nama-nama pemandunya untuk musim 2010, iaitu bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen, McLaren. Pemandu Malaysia Fairuz Fauzy turut disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan pasukan.

No comments:

Post a Comment

++ mereka adalah mereka ++