** welcome note **

hye!
this is alina's page!
u're welcome to view and leave ur comment..
have a nice day.

Followers

Saturday, March 13, 2010

Geneva Motorshow ke - 80 2010

Geneva Motorshow telah menyambut ulangtahun yang ke-80, tahun ini menyaksikan pelbagai syarikat pengeluar kereta bersaing menayangkan kereta jenis konsep kepada orang ramai.
antara yang menjadi tumpuan antaranya pengeluar-pengeluar kereta utama seperti Toyota, General Motors, Honda, Wolkswagon, dan Renault.

antara kereta yang mencuri tumpuan adalah kereta Porche 918 Spyder konsep. Kehadiran kereta jenis Porche ini mengejutkan orang ramai kerana model jenis spyder dahulu iaitu Porche Carera GT dikeluarkan pada 10 tahun lepas. Model ini mengambil kira model terdahulu dengan bentuk yang lebih kurang serupa tapi rekaan kereta seakan besi padu, bentuk yang lebih diagonal serta aerodinamik dan spoiler yang yang sangat menawan membuatkan ianya tersangat hebat.

Yang lebih mengejutkan kereta jenis ini ada jenis hidbrid. Dua enjin elektriknya mampu menghasilkan kelajuan sebanyak 218hp dan mampu mencapai kelajuan sebanyak 500hp dengan bantuan enjin petrol jenis V8.

Alfa Romeo akan menyambut ulangtahun yang ke-100 dengan mengeluar kereta konsep yang terbaik yang pernah dikeluarkan iaitu Stile Bertone's Pandion. Kereta jenis sport yang mempunyai 2+2 tempat duduk dan dengan rekaan luaran dari Itali. Padion adalah nama yang diambil dari lagenda raja Greek ( nama nya juga diistilah sebagai burung pemangsa seperti Osprey)

Kereta sport konsep yang menggunakan kuasa eletrik banyak dipamirkan pada motorshow kali ini antaranya seperti Audi's e-tron, the Mercedes SLS-AMG Electric, BMW's Vision Concept dan sudah pasti dari jenis Tesla Roadster. Dipenghujung Motorshow ini, ahli keluarga jenis 'no fuel' menambah ahlinya dengan kehadiran model Protoscar LAMPO.

Dengan sedikit rekaan seperti Spyker,mempunyai bentuk seakan Lamborghini di atas dan sedikit sentuhan seperti Dodge Viper di bahagian dalam kereta ini kelihatan sangat menarik. Bukan itu sahaja kera ini mampu mencapai sehingga 408 kuasa kuda , 472 pound-feet kuasa pecutan dengan pecutan keempat-empat tayar. kereta ini mampu memcecah sehingga 124bsj dengan berbekalkan bateri 32 kilowatt per jam dan mampu mencapai sehingga 60 batu dalam masa 10 minit sahaja.

Proton Holdings Bhd. melakar satu lagi sejarah penting sepanjang 25 tahun penubuhannya apabila melancarkan tiga kereta konsep serentak - Emas, Emas Country dan Emas-3 sebagai langkah strategik yang bakal memacu keupayaannya untuk bersaing di peringkat global.

Ketiga-tiga kereta konsep berkenaan dibangunkan di atas platform casis yang sama tetapi mempunyai konfigurasi berbeza dari aspek penjanaan kuasa dengan tumpuan khusus terhadap aplikasi teknologi hibrid

Untuk maklumat kesemua kereta konsep yang ditayangkan bolehlah melayari laman web ini
http://www.salon-auto.ch/en

No comments:

Post a Comment

++ mereka adalah mereka ++